Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Baru baru ini ada
seorang sahabat bercerita dengan saya, dia baru semak maklumat di akaun KWSP
milknya dan baru sedar bahawa penama akaun tersebut masih lagi di bawah nama
arwah emaknya yang sudah 5 tahun meninggal dunia. Nasib baik sahabat tersebut
semak dan tukar sementara masih sempat, takut nanti menyusahkan waris untuk
menguruskan pengeluaran duit daripada akaun KWSP.
Jadi bagaimana nak
buat penamaan di akaun KWSP?
Sebelum kita ke
proses penamaan, saya akan terangkan siapa penama dan kenapa penting untuk buat
penama.
Penamaan selalunya
dibuat dengan melantik waris terdekat yang dipercayai untuk menguruskan pengeluaran
duit daripada akaun ahli selepas kematian. Sekiranya penamaan tidak dibuat oleh
pemilik akaun, ia akan melambatkan proses pengeluaran dan memerlukan masa yang
lama untuk membuat proses seterusnya.
Ketika kita
melantik penama, kita perlu memastikan penama tersebut mampu bertanggungjawab
dan faham tugasnya untuk mengeluarkan dan mengagihkan simpanan KWSP si mati
kepada waris waris yang berhak mengikut persetujuan.
Siapa yang boleh
dilantik sebagai penama?
- Waris terdekat ( suami, isteri, anak-anak, saudara terdekat )
- Penama perlulah dilantik sebagai individu dan bukannya organisasi, syarikat atau ‘trustee’
- Pemilik akaun boleh meletakkan waris yang berumur di bawah 18 tahun sebagai penama, walaubagaimanapun penamaan tersebut akan terbatal sekiranya pemilik akaun meninggal dunia sebelum penama tersebut
Proses penamaan di
akaun KWSP
Untuk membuat
penamaan, pemilik akaun hanya perlu menghantar (1) Satu salinan MyKad/Passport
penama dan (2) Borang KWSP 4 yang telah
diisi dengan lengkap kepada mana mana cawangan pejabat KWSP. Penamaan ini perlu
dibuat semasa pemilik akaun masih hidup.
Proses semakan
penama di akaun KWSP
Sekiranya anda
tidak pasti dan ingin menyemak penama akaun KWSP anda, anda boleh membuat
semakan melalui i-Akaun KWSP anda ATAU pergi ke mana mana cawangan pejabat KWSP
untuk membuat semakan.
Proses kemas kini
penama di akaun KWSP
Sekiranya anda
ingin mengemaskini penama akaun KWSP milik anda, anda boleh mengambil borang
KWSP 4 dari kaunter KWSP dan mengemaskini maklumat penama baru yang ingin
dilantik.
Boleh ke penamaan
ini terbatal?
Ya, penamaan untuk
akaun KWSP boleh terbatal dengan beberapa syarat,
- Semua penama telah meninggal dunia
- Pemilik akaun telah mengemukakan borang pembatalan penamaan ( Borang KWSP 4A ) semasa hayatnya
- Pemilik akaun telah membuat penamaan baru
- Penama yang dilantik belum mencapai umur 18 tahun ketika tarikh kematian pemilik akaun
- Penama yang dilantik tidak mengeluarkan duit daripada akaun KWSP dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian
Sebenarnya proses
penamaan ini mudah sahaja, tapi ada yang tak ambik endah atau tak sedar bawah
penama yang dilantik untuk akaun mereka sudah tidak sah. Jadi sebelum
terlambat, kita perlu segera membuat semakan siapa yang dilantik untuk
menguruskan akaun KWSP kita selepas kita meninggal dunia.
Itu baru masuk
cerita akaun KWSP, belum lagi akaun yang lain lain. Sebab itu semasa kita masih
dipinjamkan nyawa untuk bernafas di dunia ini kita perlu segera merancang
bagaimana pengurusan harta kita selepas kita tiada nanti.
Kalau anda inginkan
khidmat kaunseling atau nasihat daripada kami berkaitan pengurusan harta dan
pusaka, boleh hubungi kami di talian yang tertera.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi KWSP
Hubungi kami di :
Facebook : facebook/mypusaka
Whatsapp : 010 513 7053
Website : www.mypusaka.info
Atau, buat tempahan untuk Klinik MyPusaka di